Monday 25 January 2016

TIADA TAJUK

Paling penat bila menyanyangi yang tak ingin disayangi,
Cuba dimengerti yang tak ingin mengerti,
Menghamba diri pada yang tak ingin menjadi tuan.

Sedari kecil merendah diri,
Tak pernah menyangka akhirnya bertemu si penguat hati,
Lalu dijadikan tema,
Biar dia selalu ada,
SELALU ADA.

Tapi sayangnya,
Penolakkan berlaku lagi,
Lalu pada siapa kau harus membawa diri?
Penat bila bersendiri,
Tapi penat lagi bila bersama mereka yang suka menghakimi.

Biar kau tipu diri,
Kau ingin wujudkan diri kau yang teristimewa,
Tapi kau tetap tak akan jumpa,
Insan yang benar-benar menyanyangi.

Kalau dari kecil tubuh tak bernyawa,
Maka kau tak perlu takut azab di neraka.
Tapi kau sudah dewasa,
Mana mungkin kau ambil nyawa mu sendiri,
Atau jika kau lakukannya,
Syurga hanya impian yang turut mati bersama tubuh mu.

Jika kau putuskan nyawa mu,
Adakah kau yakin kau dapat segera bertemu sang kekasih hati?
Manusia paling agung yang pernah kau cintai,
Manusia itu sendiri tak ingin kau celakai takdir mu.

Sebagai pencipta,
Dia ada hak pada takdir mu,
Dan kau ada hak pada usaha mu,
Setelah luahan ini berakhir,
Kau tamatkanlah segela rasa seksa,
Cukuplah menyeksa jiwa raga,
Kerana kau tak akan mampu menangung segala seksa.

Biar tiada manusia yang mencintai mu,
Ketahuilah kau ada tuhan mu,
Bukankah dia sendiri yang Maha Pengasih,
Jadi tak inginkah kau dikasihi-Nya?

Aku tinggalkan persoalan ini,
Kerna bila kau baca nanti,
Ku harap kau sudah bersedia dengan jawapan.

Biarlah hati mu hampa kerana mereka yang kau cintai,
Biarlah mereka meninggalkan kau sendiri,
Tapi jangan pernah kau hancurkan hati mu lagi,
Baik kau hargai dirimu,
Dan luakan segala pengharapan,
Kerana mereka tak ingin mengkabulkan permintaan mu,
Walau yang kau minta cuma kasih yang sedikit,
Untuk kau hidupkan cahaya di hati.