Monday 25 January 2016

TIADA TAJUK

Paling penat bila menyanyangi yang tak ingin disayangi,
Cuba dimengerti yang tak ingin mengerti,
Menghamba diri pada yang tak ingin menjadi tuan.

Sedari kecil merendah diri,
Tak pernah menyangka akhirnya bertemu si penguat hati,
Lalu dijadikan tema,
Biar dia selalu ada,
SELALU ADA.

Tapi sayangnya,
Penolakkan berlaku lagi,
Lalu pada siapa kau harus membawa diri?
Penat bila bersendiri,
Tapi penat lagi bila bersama mereka yang suka menghakimi.

Biar kau tipu diri,
Kau ingin wujudkan diri kau yang teristimewa,
Tapi kau tetap tak akan jumpa,
Insan yang benar-benar menyanyangi.

Kalau dari kecil tubuh tak bernyawa,
Maka kau tak perlu takut azab di neraka.
Tapi kau sudah dewasa,
Mana mungkin kau ambil nyawa mu sendiri,
Atau jika kau lakukannya,
Syurga hanya impian yang turut mati bersama tubuh mu.

Jika kau putuskan nyawa mu,
Adakah kau yakin kau dapat segera bertemu sang kekasih hati?
Manusia paling agung yang pernah kau cintai,
Manusia itu sendiri tak ingin kau celakai takdir mu.

Sebagai pencipta,
Dia ada hak pada takdir mu,
Dan kau ada hak pada usaha mu,
Setelah luahan ini berakhir,
Kau tamatkanlah segela rasa seksa,
Cukuplah menyeksa jiwa raga,
Kerana kau tak akan mampu menangung segala seksa.

Biar tiada manusia yang mencintai mu,
Ketahuilah kau ada tuhan mu,
Bukankah dia sendiri yang Maha Pengasih,
Jadi tak inginkah kau dikasihi-Nya?

Aku tinggalkan persoalan ini,
Kerna bila kau baca nanti,
Ku harap kau sudah bersedia dengan jawapan.

Biarlah hati mu hampa kerana mereka yang kau cintai,
Biarlah mereka meninggalkan kau sendiri,
Tapi jangan pernah kau hancurkan hati mu lagi,
Baik kau hargai dirimu,
Dan luakan segala pengharapan,
Kerana mereka tak ingin mengkabulkan permintaan mu,
Walau yang kau minta cuma kasih yang sedikit,
Untuk kau hidupkan cahaya di hati.

Saturday 27 September 2014

My Best Friend

Assalamualaikum, hai ladies & gentleman.

Favourite topic aku memanglah pasal kwn baik aku.
Akuhargai dia sebab dia ada waktu aku tak ada kawan lain selain dia, waktu aku tak raapat dengan family, tak ade oang lain yang sudi borak panjang-panjang dengan aku selain dia.

Waktu aku dah semakin ramai kawan, semakin rapat dengan family, dia tetap ada dengan aku. Dia antara oraang yang mampu bersabar dengan mulut becok aku, jarang mengeluh dengan sikap aku, & terima aku + kelemahan aku.

Tapi apa-apa pun,masa dan nasib masih dalam ketentuan Allah. Maka sebagai hamba Nya, aku mendoakan yang terbaik untuk persahabatan kami. If my best friend read this post, aku nak dia tahu yang aku tak pernah ada kawan yang serupa macam dia. Aku bersyukur sebab dapat berkawan baik dengan dia. Memang tak ade sebab yang subjektif nak terangkan kenapa aku sangat menghargai kau sebagai antara orang yang penting dalam hidup aku.

Tuesday 15 April 2014

Dunia disebalik Sana

Dunia disebalik sana,
Aku yakin ada cinta untuk ku,
Disana ada yang sayang padaku,
Yang sudi memahamiku,
Tapi wujudkah dunia disebalik sana?
Yang aku tahu hidupku didunia sini,
Tapi dunia ini tak menghargaiku,
Selalu melupakan aku,
Dunia ini tak adil padaku.
     Wahai dunia disana,
      Sudikah kau menerimaku?
     Risau jika kau tak sudi,
     Mimpi ngeri terus menghantuiku
Wujudkan dunia disana buatku,
Untuk aku terus hidup bahagia,
Biarlah aku kecapinya,
Hidup gembira yang aku suka.
     Kau cuba menghalangku?
     Siapa kamu?
     Beraninya memadamkan memoriku,
     Kau buat aku lupa pedihnya hidup disini,
     Kau buat aku gembira dengan hidup ini,
      Kau mengisi kekosongan yang hampir menghancurkan aku.
Biarlah aku terus bersama Mu,
Engkau yang wujud selamanya,
Yang bila aku mencintai Mu,
Kau membalas cintaku,
Yang bila aku menuruti Mu,
Kau hadiahkan aku dengan dugaan yang bahagia,
Hanya Kamu yang mampu menjadikan aku,
Manusia redha bila diduga.
       Inilah yang dulu aku minta,
       Cinta, sayang, bahagia, redha dan kesemua perasaan yang aku perlukan.
       Aku janji tak akan meninggalkan Engkau wahai tuhan ku,
       Maka aku mohon pada Mu,
       Janganlah kau melupakan aku,
       Janganlah biarkan aku kembali sendiri,
       Agar aku tak lagi mengharapkan dunia disebelah sana,
       Dunia yang hadir tanpa kebenaran Mu,
       Moga aku cukup bersedia,
       Bila Engkau memanggilku,
       Untuk menghadap Mu disana.....

- Tulisan cinta ini, dari aku yang baru menjumpai hidupku. Dan kamu? Hidup kau bagaimana?-


Friday 27 December 2013

Tempat Jatuh Cinta

Saat orang lain percaya aku akan berubah menjadi yang lebih teruk,Allah pertemukan aku dengan hamba-hambaNya yang baik,yang sudi mengajarkan kepada aku tentang ilmu agama.
 Terima kasih kepada yang memomok-momokkan tentang bertapa buruknya UiTM Shah Alam yang aku cintai ni,sekuraang-kurangnya aku lebih berwaspada.
Tapi apa yang aku dapat dekat sini:
1)berkenalan dengan akak-akak seroja yang baik dan berilmu
2)insan2 yang sudi mengajarkan aku apa itu ISLAM
3)kembali kepda diri aku yang sepatutnya
4)bertemu dgn manusia2 yg mengajar aku apa erti hidup
5)memandang diri aku dengan lebih berkeyakinan
6)mengajar aku erti kesabaran berkawan
7)menjadi diri,insan & hamba yg lebih kuat
8)banyak sgt kalau nk listkan semua :)

aku yg sekarang bukanlah aku yang dulu?Taklah,aku masih yg dulu.
manusia serba kekurangan yg kdg2 turun imannya,yg kdg2 naik imannya.
kata TP silat aku: "org yg rasa diri dia baik,dia ada masalah sebenarnya"
Huhuhuhu,ada betulnya kata-kata dia.Aku jatuh cinta dgn tempat ni,tempat yg mana aku rasa diri aku dicintai oleh hamba2 Allah kerana Dia juga.
Tempat yg banyak merubah aku menjadi aku.Berkawan dengan orang yg terima bertapa buruknya sikap seorang Sharizatul,berkawan dgn mereka yg bersabar dgn sikap aku yang serba lemah & terlalu banyak kekurangan.Berlajar untuk makin merindui kasih-sayg FAMILY yg sentiasa mencintai aku yg kdg2 terlupa kpd mereka.Tak tahu nak ulang berapa kali kata2 cinta,tapi rasa x puas bercinta dgn mereka2 yg mencintai aku keraana Dia.

Jujur ckp,
Aku lemah begini,
Aku sakit bila diuji,
Aku lemas bila dikeji,
Tapi aku tetap aku,
Akulah orang yang diberi nikmat,
  Saat aku diuji,
  Dialah yang menemani,
  Menghantar pelbagai berita gembira,
  Jika aku masih ingin merungut,
  Maka aku layak dihukum,
Setelah puas nikmat Dia beri,
Jika aku masih tak bersyukur,
Maka itu tanda lemahnya aku,
Dan akulah yang serba kekurangan,
Dia beri aku rasa sedih,
Agar aku lebih menghargai kegembiraan,
Dan terima kasih Allah,
Kau jadikan aku sebagai aku....

(11.51 a.m 28/12/13 - tempat aku jatuh cinta,UiTM Shah Alam )

(inilah orang yg x lupa mengajar aku.org yg ajar aku mengaji ;) ....-ni gambar ,curi,kak najhan jgn marah ye.huhu )

Wednesday 25 December 2013

Bercakap tentang sahabat,siapa dia sebenarnya?
Adakah dia sahabat jika dia berfungsi sebagai pendengar,pembantu or apa-apa  je la.
Kalau dia takde fungsi  bagi kita,adakah dia tetap sahabat kita?
Persoalan yang perlu dijawab.......
Kalau macam tu sahabat tak mungkin selalu memenuhi harapan kitakan?
Dia tak selalu ada dengan kita.Dan takde sesiapa yang mampu ada setiap kali kita memerlukan dia kan?
Jadi ada masanya sahabat tak bertindaksebagai sahabat la kan?Too much question hah???
Nak tahu sahabat yang terakrab yang paling boeh diharap dan mampu ada sentiasa untuk kita?
SAHABAT MAMPU MILIK la katakan :)
Ada ke sahabat macam tu?Serius nak tahu ke ni? ;p
Jawapannya mestilah ada,iaitu Allah yang maha mendengar yang sentiasa ada,yang tak pernah tido,yang maha pengasih dan maha penyanyang.Tetiba rasa rindu pulak  ye? ;(

-say Alhamdulillah,thank you Allah.thank you Allah for everything -
(8.55 p.m 24/12/13 )

Monday 23 December 2013

awaklah HIDAYAH

Kenapa bersedih?
Sedang rahmat-Nya meliputi bumi.
Jangan berputus asa,
Maka Dia akan terus memaafi mu.
Kerna engkau hidayah,
Maka kau perlukan  syurga.
Engkau bukan wanita yang sesat,
Kaulah yang sedang dijalan-Nya.
Jika kau hidayah,Jangan bersedih lagi,
Allah peliharakan teman yang terbaik buat kamu.
Ruginya jika menangis tanpa sebab,
Maka teruslah tersenyum.
Bahagiakan jiwa mu kerna Dia sedang
bersama kamu - Hidayah Nya.

-awaklah Hidayah ( 6.48 p.m 24/12/13)-

Friday 12 July 2013

SEKS?????????

Assalamualaikum.....
   Apa khabar semua?Buat kesekian kalinya Mok Nek nak menulis.Tiba-tiba je kan?Tajuk macam tu pulak tu,apa ni?

Mok Nek ada beberapa persoalan berkaitan tajuk diatas:


I) Love = sex?
- Betul ke ni?Kenapa setiap manusia yang mengaku diri mereka kononnya 'sempoi' perlu kaitkan cinta dengan unsur-unsur seks?Adakah seks merupakan satu-satu cara untuk dicintai?Jawapannya tak....
Rasanya ada banyak lagi item-item yang boleh dikaitkan dengan cintakan? Mok Nek tak tolak seks tu merupakan salah 1 item @ cabang cinta ( mungkin,tak pasti) tapi rasanya masih banyak lagi item lain yang boleh dikaitkan dengan cintakan?Sesuatu yang lebih sempoi,releks dan banyak pengisian SERTA tidak terkeluar dari konsep/konteks/istilah cinta tu sendiri.
****ni pendapat Mok Nek,pendapat anda?



II) Adult jokes = sex jokes
- Ni Mok Nek nak cakap mengenai segelintir growing teenagers @ kita panggil remaja ( orang dewasa pon ada juga) yang suka sangat-sangat buat lawak lucah. Adakah dengan bergurau mengenai spender,bra and bla...bla...bla.... menjadikan mereka lebih dewasa? I don't think so.Atau mereka-mereka ini merupakan orang yang fikir lawak-lawak lucah ni tandanya mereka berfikiran terbuka. Macam tu ke open minded person? Risau Mok Nek nak jadi sebahagian dari mereka. Kadang-kadang tak tau macam mana nak tegur  sebab diorg merupakan kelompok yang ramai dan kita-kita yang tak join lawak diorang ni akan nampak sangat awkward. better be awkward right? Memang kitalah yang merah muka dengar lawak mereka. Remember this boys,men,guy and gays,lawak-lawak macam ni menampakkan korang seorang yang tak hormati perempuan ( even though, ada girls yang boleh masuk dengan lawak lucah korang tu ).


III ) Writing + sex
-Yes, banyak juga hasil penulisan orang kita yang suka memasukkan unsur-unsur seks. Bukan tak boleh nak gambarkan babak-babak intim dalam hasil penulisan mereka tapi.....tak perlulah terangkan secara teramat detail. Mok Nek ada baca1 buku ni yang mengisahkan mengenai hidup bermasyarakat tajuknya " CERITA DARI SYURGA." Antara kata-kata penulis yang Mok Nek ingat ialah macam mana hasil penulisan kita sekarang mampu memberi kesan kepada masa hadapan kita. Contohnya,penulis yang masih belum berkahwin dan dia menerangkan babak-babak romantik " dia mendekatiku, memegang tanganku,bla...bla...bla..." sedangkan penulis belum berkahwin. Ada banyak kemungkinan untuk pembaca relate kan hasil penulisan tersebut dengan dunia realiti penulis. Dan berkemungkinan ini akan merosakkan kan persepsi pembaca terhadap personaliti penulis tersebut. Jadi tak salahkan kalau kita lebih berhati-hati?
 ( sila jawab dalam hati ;p )



IV ) Drama + sex
-Last but not least,berkaitan denga drama,movie,etc... Memang tak boleh cakap apalah. Jap lagi Mok Nek marah Lembaga Penapisan Filem Malaysia korang kata Mok Nek tak memahami tugas mereka. Mungkin sebab tu lah Mok Nek tak faham kenapa adengan-adengan melampau ( pada pandangan saya ) dibenarkan untuk disiarkan..... Dan 1 lagi, isteri Aeron Aziz tak jeles ke suami dia peluk-peluk perempuan lain? Hahaha, ni persoalan saja-saja. Kalau Mok Nek memang harap sangat333333 suapaya jodoh Mok Nek bukan lelaki yang jenis macam tu. Lelaki pon tak nak perempuan yang senang disentuhkan? Sila jawab :)

*****Sekian saja dari Mok Nek hamba yang terkadang membuat kesilapan, harap marah jangan disimpan dalam hati. Sekadar berkongsi pendapat saya,pendapat anda macam mana?