Wednesday 9 January 2013

Aku Pon Nak Juga

Assalamualaikum,apa khabar saudara-saudari ku sekalian.......
( Nyanyi macam lagu Raihan tau )

Ok...Ok...Ok... Jangan nak K.O ye!!! Di sini aku nak senaraikan wishlist "aku pon nak juga." Maksudnya? Ini adalah senarai apa yang aku nak :D Paham tak sekarang ? Hah!!! Dari dulu dah paham (nada terkezut )!!! Baguihh, suka Mok Nek dengar.Baiklah,di bawah adalah senarainya :

1st : Aku Pon Nak Juga BELAJAR DI UiTM
             Huhuhu, di sini Mok Nek nak buat pengunguman sedikit. Impian yang ni Mok Nek dah berjaya capai, alhamdulillah. Semua ni berkat rezeki dari Allah, doa keluarga, Berkat ilmu dari gur-guru ( cikgu tadika sampai STPM ), dan doa kawan-kawan. Akhirnya Mok Nek dapat juga belajar di sini...
This is my college
Bersama kawan-kawan



2nd : Aku Pon Nak Juga ADA BLOG
          Yang ni pon Mok Nek dah berjaya capai,tapikan................... Korang tengok je la blog Mok Nek yang serba basic ni. Follower pon baru ade seorang saja..... Thanks Rozy Ojie <3 <3 <3


3rd : Aku Pon Nak Juga PANDAI MEMASAK
          Ni kira antara wishlist yang paling besaq Mok Nek nak capailah. Jadi kepada anda-anda yang sudi membaca blog ni,sudi-sudikan diri anda untuk untuk mendoakan kejayaan Mok Nek dalam bidang masakan ni tau. Selain nak lengkapkan diri dengan ilmu kewanitaan, nak dapatkan pekerjaan dalam bidang pastry terutamanya.



4th : Aku Pon Nak Juga BELAJAR MENJAHIT
          Yang ni kiranya agak seram sikit sebab ada fobia bila nak mula sentuh mesin jahit tu. Mok Nek kalau jahit guna tangan beranilah, kalau guna mesin kurang sikit. Tapi insyallah Mok Nek akan cuba sedaya upaya untuk mencapai cita-cita ni :D Doakan Mok Nek yang terbaik!!!!!!!!!!


5th : Aku Pon Nak Juga BERGAMBAR MACAM MODEL
         Hehehehe,hari tu ada kawan mintak tolong jadi model tak berbayar untuk assigment dia. Dalam hati menjerit-jerit kata nak tapi mulut pula kata "TAK NAK LAH." Mok Nek malu sebab ada laki-laki, tu lah penyebab Mok Nek kata tak mau.Walaupun pic tu untuk pencahayaan yang tak nampak muka sangat, tapi Mok Nek tetap rasa malu. Jadi itulah kekangan yang menyebabkan Mok Nek tak ada gambar macam model sebab Mok Nek MALU LAH(huhuhuh,gelak macam sin chan ). Tapi baguslah ada sifat malukan? Sebab malu tu sebahagian daripada iman. Tapi Mok Nek tetap berharap suatu hari nanti Mok Nek nak ada juga walau 1 pic ala-ala model.



~ Itulah sahaja sebahagian dari senarai "Aku Pon Nak Juga."Ada lagi impian yang lain tapi tak sesuai untuk tontonan umum jadi terpaksa dirahsiakan(kuh..kuh...kuh...skema ayat ku ) Apa pon,harapan adalah roda yang menggerakkan hidup kita.Jadi jangan berhenti berharap dan jangan penat menggapai harapan anda. Sekian dari hamba yang pacal hina, WASSALAM ~

No comments:

Post a Comment