Friday, 27 December 2013

Tempat Jatuh Cinta

Saat orang lain percaya aku akan berubah menjadi yang lebih teruk,Allah pertemukan aku dengan hamba-hambaNya yang baik,yang sudi mengajarkan kepada aku tentang ilmu agama.
 Terima kasih kepada yang memomok-momokkan tentang bertapa buruknya UiTM Shah Alam yang aku cintai ni,sekuraang-kurangnya aku lebih berwaspada.
Tapi apa yang aku dapat dekat sini:
1)berkenalan dengan akak-akak seroja yang baik dan berilmu
2)insan2 yang sudi mengajarkan aku apa itu ISLAM
3)kembali kepda diri aku yang sepatutnya
4)bertemu dgn manusia2 yg mengajar aku apa erti hidup
5)memandang diri aku dengan lebih berkeyakinan
6)mengajar aku erti kesabaran berkawan
7)menjadi diri,insan & hamba yg lebih kuat
8)banyak sgt kalau nk listkan semua :)

aku yg sekarang bukanlah aku yang dulu?Taklah,aku masih yg dulu.
manusia serba kekurangan yg kdg2 turun imannya,yg kdg2 naik imannya.
kata TP silat aku: "org yg rasa diri dia baik,dia ada masalah sebenarnya"
Huhuhuhu,ada betulnya kata-kata dia.Aku jatuh cinta dgn tempat ni,tempat yg mana aku rasa diri aku dicintai oleh hamba2 Allah kerana Dia juga.
Tempat yg banyak merubah aku menjadi aku.Berkawan dengan orang yg terima bertapa buruknya sikap seorang Sharizatul,berkawan dgn mereka yg bersabar dgn sikap aku yang serba lemah & terlalu banyak kekurangan.Berlajar untuk makin merindui kasih-sayg FAMILY yg sentiasa mencintai aku yg kdg2 terlupa kpd mereka.Tak tahu nak ulang berapa kali kata2 cinta,tapi rasa x puas bercinta dgn mereka2 yg mencintai aku keraana Dia.

Jujur ckp,
Aku lemah begini,
Aku sakit bila diuji,
Aku lemas bila dikeji,
Tapi aku tetap aku,
Akulah orang yang diberi nikmat,
  Saat aku diuji,
  Dialah yang menemani,
  Menghantar pelbagai berita gembira,
  Jika aku masih ingin merungut,
  Maka aku layak dihukum,
Setelah puas nikmat Dia beri,
Jika aku masih tak bersyukur,
Maka itu tanda lemahnya aku,
Dan akulah yang serba kekurangan,
Dia beri aku rasa sedih,
Agar aku lebih menghargai kegembiraan,
Dan terima kasih Allah,
Kau jadikan aku sebagai aku....

(11.51 a.m 28/12/13 - tempat aku jatuh cinta,UiTM Shah Alam )

(inilah orang yg x lupa mengajar aku.org yg ajar aku mengaji ;) ....-ni gambar ,curi,kak najhan jgn marah ye.huhu )

Wednesday, 25 December 2013

Bercakap tentang sahabat,siapa dia sebenarnya?
Adakah dia sahabat jika dia berfungsi sebagai pendengar,pembantu or apa-apa  je la.
Kalau dia takde fungsi  bagi kita,adakah dia tetap sahabat kita?
Persoalan yang perlu dijawab.......
Kalau macam tu sahabat tak mungkin selalu memenuhi harapan kitakan?
Dia tak selalu ada dengan kita.Dan takde sesiapa yang mampu ada setiap kali kita memerlukan dia kan?
Jadi ada masanya sahabat tak bertindaksebagai sahabat la kan?Too much question hah???
Nak tahu sahabat yang terakrab yang paling boeh diharap dan mampu ada sentiasa untuk kita?
SAHABAT MAMPU MILIK la katakan :)
Ada ke sahabat macam tu?Serius nak tahu ke ni? ;p
Jawapannya mestilah ada,iaitu Allah yang maha mendengar yang sentiasa ada,yang tak pernah tido,yang maha pengasih dan maha penyanyang.Tetiba rasa rindu pulak  ye? ;(

-say Alhamdulillah,thank you Allah.thank you Allah for everything -
(8.55 p.m 24/12/13 )

Monday, 23 December 2013

awaklah HIDAYAH

Kenapa bersedih?
Sedang rahmat-Nya meliputi bumi.
Jangan berputus asa,
Maka Dia akan terus memaafi mu.
Kerna engkau hidayah,
Maka kau perlukan  syurga.
Engkau bukan wanita yang sesat,
Kaulah yang sedang dijalan-Nya.
Jika kau hidayah,Jangan bersedih lagi,
Allah peliharakan teman yang terbaik buat kamu.
Ruginya jika menangis tanpa sebab,
Maka teruslah tersenyum.
Bahagiakan jiwa mu kerna Dia sedang
bersama kamu - Hidayah Nya.

-awaklah Hidayah ( 6.48 p.m 24/12/13)-

Friday, 12 July 2013

SEKS?????????

Assalamualaikum.....
   Apa khabar semua?Buat kesekian kalinya Mok Nek nak menulis.Tiba-tiba je kan?Tajuk macam tu pulak tu,apa ni?

Mok Nek ada beberapa persoalan berkaitan tajuk diatas:


I) Love = sex?
- Betul ke ni?Kenapa setiap manusia yang mengaku diri mereka kononnya 'sempoi' perlu kaitkan cinta dengan unsur-unsur seks?Adakah seks merupakan satu-satu cara untuk dicintai?Jawapannya tak....
Rasanya ada banyak lagi item-item yang boleh dikaitkan dengan cintakan? Mok Nek tak tolak seks tu merupakan salah 1 item @ cabang cinta ( mungkin,tak pasti) tapi rasanya masih banyak lagi item lain yang boleh dikaitkan dengan cintakan?Sesuatu yang lebih sempoi,releks dan banyak pengisian SERTA tidak terkeluar dari konsep/konteks/istilah cinta tu sendiri.
****ni pendapat Mok Nek,pendapat anda?



II) Adult jokes = sex jokes
- Ni Mok Nek nak cakap mengenai segelintir growing teenagers @ kita panggil remaja ( orang dewasa pon ada juga) yang suka sangat-sangat buat lawak lucah. Adakah dengan bergurau mengenai spender,bra and bla...bla...bla.... menjadikan mereka lebih dewasa? I don't think so.Atau mereka-mereka ini merupakan orang yang fikir lawak-lawak lucah ni tandanya mereka berfikiran terbuka. Macam tu ke open minded person? Risau Mok Nek nak jadi sebahagian dari mereka. Kadang-kadang tak tau macam mana nak tegur  sebab diorg merupakan kelompok yang ramai dan kita-kita yang tak join lawak diorang ni akan nampak sangat awkward. better be awkward right? Memang kitalah yang merah muka dengar lawak mereka. Remember this boys,men,guy and gays,lawak-lawak macam ni menampakkan korang seorang yang tak hormati perempuan ( even though, ada girls yang boleh masuk dengan lawak lucah korang tu ).


III ) Writing + sex
-Yes, banyak juga hasil penulisan orang kita yang suka memasukkan unsur-unsur seks. Bukan tak boleh nak gambarkan babak-babak intim dalam hasil penulisan mereka tapi.....tak perlulah terangkan secara teramat detail. Mok Nek ada baca1 buku ni yang mengisahkan mengenai hidup bermasyarakat tajuknya " CERITA DARI SYURGA." Antara kata-kata penulis yang Mok Nek ingat ialah macam mana hasil penulisan kita sekarang mampu memberi kesan kepada masa hadapan kita. Contohnya,penulis yang masih belum berkahwin dan dia menerangkan babak-babak romantik " dia mendekatiku, memegang tanganku,bla...bla...bla..." sedangkan penulis belum berkahwin. Ada banyak kemungkinan untuk pembaca relate kan hasil penulisan tersebut dengan dunia realiti penulis. Dan berkemungkinan ini akan merosakkan kan persepsi pembaca terhadap personaliti penulis tersebut. Jadi tak salahkan kalau kita lebih berhati-hati?
 ( sila jawab dalam hati ;p )



IV ) Drama + sex
-Last but not least,berkaitan denga drama,movie,etc... Memang tak boleh cakap apalah. Jap lagi Mok Nek marah Lembaga Penapisan Filem Malaysia korang kata Mok Nek tak memahami tugas mereka. Mungkin sebab tu lah Mok Nek tak faham kenapa adengan-adengan melampau ( pada pandangan saya ) dibenarkan untuk disiarkan..... Dan 1 lagi, isteri Aeron Aziz tak jeles ke suami dia peluk-peluk perempuan lain? Hahaha, ni persoalan saja-saja. Kalau Mok Nek memang harap sangat333333 suapaya jodoh Mok Nek bukan lelaki yang jenis macam tu. Lelaki pon tak nak perempuan yang senang disentuhkan? Sila jawab :)

*****Sekian saja dari Mok Nek hamba yang terkadang membuat kesilapan, harap marah jangan disimpan dalam hati. Sekadar berkongsi pendapat saya,pendapat anda macam mana?

Sunday, 20 January 2013

Puisi Buat Bakal Suami

Jika disingkap sekeping hati ini,
Sesungguhnya ia telah luka dan terkoyak,
Tapi percayalah,
Hati  yang rabak ini telah ditampal
dengan cinta yang Agung.

   Memikirkan kamu yang entah siapa,
   Kadang-kadang membuatkan aku tertanya,
   Bagaimanakah kamu?
   Bagaimana amalan mu?
   Cara apa layanan mu pada keluargaku nanti?
   Cara apa layanan mu padaku nanti?
   Adakah kau memperjuangkan agama-Nya?
   Adakah kau mempertahankan iman dalam dada mu?
   Dan persoalan demi persoalan terus melayani
   pemikiran hati dan akalku.

Berkat kurnianaan Ilahi,
Aku berdoa agar kamu yang muncul nanti
mampu membimbing agamaku,
Mempertahankan imanku,
Mampu menjaga keluarga kau dan aku,
Mampu menjaga diri ku.

   Tiada yang lebih bermakna
   setiap kali memikirkan kamu,
   Selain menggambarkan akhlak dan peribadimu,
   Jika kamu seperti aku yang dulu,
   Adakah sekarang kau mencuba
   mengembalikan keteguhan iman
   dalam dirimu?

Aku berharap jika dulu dirimu pernah terleka,
Namun sekarang kau bangkit semula,
Aku akan cuba untuk tidak mempersoalkan
masa lalumu,
Jika saat itu kau muncul sebagai pejuang agama Ilahi.

   Agar nanti walau hati kita
   terluka dengan dugaan,
   Kita tak cepat alpa dalam kesedihan,
   Agar kita mampu bangkit,
   Kerana rahmat Tuhan mengatasi
   besar dan luasnya langit dan bumi.

Aku sampaikan doa kepada Tuhanku,            
Munculnya kamu melengkapkan agamaku,
Mencintai aku,menyanyangiku seadanya kamu,
Dan saat itu aku juga berharap pada Tuhanku,
Aku juga sudah bersedia melengkapi agamamu,
Mencintai kamu,menyanyangimu seadanya aku,
Semoga Tuhan merahmati kita.

~~ 11.46 A.M _ 10/1/2013_ Puisi Cinta Buat Si Dia ~~

Wednesday, 9 January 2013

Aku Pon Nak Juga

Assalamualaikum,apa khabar saudara-saudari ku sekalian.......
( Nyanyi macam lagu Raihan tau )

Ok...Ok...Ok... Jangan nak K.O ye!!! Di sini aku nak senaraikan wishlist "aku pon nak juga." Maksudnya? Ini adalah senarai apa yang aku nak :D Paham tak sekarang ? Hah!!! Dari dulu dah paham (nada terkezut )!!! Baguihh, suka Mok Nek dengar.Baiklah,di bawah adalah senarainya :

1st : Aku Pon Nak Juga BELAJAR DI UiTM
             Huhuhu, di sini Mok Nek nak buat pengunguman sedikit. Impian yang ni Mok Nek dah berjaya capai, alhamdulillah. Semua ni berkat rezeki dari Allah, doa keluarga, Berkat ilmu dari gur-guru ( cikgu tadika sampai STPM ), dan doa kawan-kawan. Akhirnya Mok Nek dapat juga belajar di sini...
This is my college
Bersama kawan-kawan



2nd : Aku Pon Nak Juga ADA BLOG
          Yang ni pon Mok Nek dah berjaya capai,tapikan................... Korang tengok je la blog Mok Nek yang serba basic ni. Follower pon baru ade seorang saja..... Thanks Rozy Ojie <3 <3 <3


3rd : Aku Pon Nak Juga PANDAI MEMASAK
          Ni kira antara wishlist yang paling besaq Mok Nek nak capailah. Jadi kepada anda-anda yang sudi membaca blog ni,sudi-sudikan diri anda untuk untuk mendoakan kejayaan Mok Nek dalam bidang masakan ni tau. Selain nak lengkapkan diri dengan ilmu kewanitaan, nak dapatkan pekerjaan dalam bidang pastry terutamanya.



4th : Aku Pon Nak Juga BELAJAR MENJAHIT
          Yang ni kiranya agak seram sikit sebab ada fobia bila nak mula sentuh mesin jahit tu. Mok Nek kalau jahit guna tangan beranilah, kalau guna mesin kurang sikit. Tapi insyallah Mok Nek akan cuba sedaya upaya untuk mencapai cita-cita ni :D Doakan Mok Nek yang terbaik!!!!!!!!!!


5th : Aku Pon Nak Juga BERGAMBAR MACAM MODEL
         Hehehehe,hari tu ada kawan mintak tolong jadi model tak berbayar untuk assigment dia. Dalam hati menjerit-jerit kata nak tapi mulut pula kata "TAK NAK LAH." Mok Nek malu sebab ada laki-laki, tu lah penyebab Mok Nek kata tak mau.Walaupun pic tu untuk pencahayaan yang tak nampak muka sangat, tapi Mok Nek tetap rasa malu. Jadi itulah kekangan yang menyebabkan Mok Nek tak ada gambar macam model sebab Mok Nek MALU LAH(huhuhuh,gelak macam sin chan ). Tapi baguslah ada sifat malukan? Sebab malu tu sebahagian daripada iman. Tapi Mok Nek tetap berharap suatu hari nanti Mok Nek nak ada juga walau 1 pic ala-ala model.



~ Itulah sahaja sebahagian dari senarai "Aku Pon Nak Juga."Ada lagi impian yang lain tapi tak sesuai untuk tontonan umum jadi terpaksa dirahsiakan(kuh..kuh...kuh...skema ayat ku ) Apa pon,harapan adalah roda yang menggerakkan hidup kita.Jadi jangan berhenti berharap dan jangan penat menggapai harapan anda. Sekian dari hamba yang pacal hina, WASSALAM ~

Sunday, 2 December 2012

WELCOME TO BRASS BAND

Assalamualaikum semua...

     Ok,kedengaran bunyik cengkerik (krik..krik..krik..) dari blog yang bersarang kerana telah diabaikan oleh si penulis(aku la tu,huhu). Aku ni memang x reti sangat dengan blogspot ni. Hari ni aku nk cerita pengalaman aku bercamping ( sesedap rasa je aku tambah "ber" disitu,huhu).
 
pengalaman 2 hari 1 mlm di Janda Baik,Pahang.If u want to know (kalau nak tau lah) , aku ni ahli baru kesatria Brass Band, UiTM Shah Alam. I'm proud to  be a part of them (sudah semstinya). Kami mula berkumpul di pusat kokorikulum (pusat ko) pagi 1/12/12 pada jam 7.00 a.m (waktu Hong Kong kata komander ASYIK). Sambil menunggu bas,kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Jadi,pada pagi tu jumlah kawan aku telah bertambah seramai 8 orang...

      Maybe jam 8.30 a.m kami mula bertolak dari UiTM ke kem side. Aku mula2 je sibuk berborak, lama-lama kami sibuk ke alam mimpi pula....Bila buka mata je,hah!!!!! Sungai nan indah di depan mata,yeapppy.

Oklah,sebelum meleret jadi laporan  perkhemahan, aku nak cerita pengalaman BEST aku sepanjang di KEBINA 2012 (singkatan utk nama kem tu ). Kami start dengan aktiviti kem yang biasa....... Lukis logo kumpulan dengan buat cheersssssssss. Apa yang menarik nya dengan aktiviti ni? Yang aku suka ialah kerjasama antara kami. Macam-macam idea lawak + menarik bergabung. Tak pernah aku pergi kem-kem sebelum ni lelaki yang yang lukis logo,sampai kem ni si Faris ( K. Fash) yang buat kerja,huhu ( n_n). Tau-tau lah kalau lelaki yang buat kerja kan,menarik (sambil mata ke atas tgn kebahu) hasilnya.Haha,aku suka kan semua idea diorang.

       Aktiviti lain yang menarik ialah malam kebudayaan,kami punya sketsa x menjadi.Huhu,time praktis bukan main sempoi. tapi bila dah buat jadi lain pulak.Resultnya kumpulan kami x menang apa2 nombor mlm tu...Xpe,x kisah pon(kononnya).

Besok hari nya(hari ke-2), kami mula dengan solat subuh berjemaah. Aku suka kem ni sebab ahli-ahlinya best,boleh la jadi imam (alhamdulillah). Komander-komander aku walau main muzik, solat insyallah diorang tak lupa....

        Yang tu pasal aktiviti, selain dari tu apa ye? hah!!!! lupa nak cerita pasal makanan. Sedap komander masak,untung la....dh la manis2,pandai pulak masak sedap2 (terasa aku,hehe).
Komander2 pon sangat sempoi,diorang memang happening. Jadi secara totalnya, aku sangat selesa dengan kawan2 dan komander2.

Aku ni cerita yang best je kan,korang mesti ingat x kena denda. Kami kene DENDA la weihhh.Mau nye x kene denda,kami ni ade je yang x ikot peraturan. Sebagai balasan,kami pon telah melalaui akitiviti medongak,angkat tgn dan kaki dlm waktu yang mampu melenguhkan otot2 yang x biasa bersenam ni..... Tapi denda pon best jugak, komander Apiz jadi penyelamat bila dia dtg ke depan dan kata "turun tangan korg tu,semua denda pon dah habis,x yah buat dah.berdiri elok2". Owh komander Apiz penyelamat kami semua,hahaha.THANKS komander~~~~

      Apa-apa pon,inilah pengalaman pendek aku bersama KAWAN-KAWAN Brass Band sepanjang di KEBINA 2012 selama 2 hari 1 malam. Jangka masa yang agak pendek tapi berjaya merapatkan ukuwah sesama kami,insyallah....

( WISH WE ALL WILL BE A PART OF BOSS[Band Of Spirit S.Alam] and we will continue the success of this Company.YEAYYYYY,Hip2 Horeeey untuk semua n_n)......

Semua ini tak berakhir di sini,insyallah.